Sunday 8 April 2012

PINTAR BERBAHASA

􀀉 PINTAR BERBAHASA - MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL

1. Budak-budak nakal itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (salah)
Budak-budak nakal itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul)
{Gugurkan perkataan saling sebab tuduh-menuduh adalah kata ganda yang membawa maksud saling}

2. Penduduk Kampung Sentosa saling bantu-membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu. (salah)
Penduduk Kampung Sentosa saling membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu. (betul)
{Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling}

3. Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi. (salah)
Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperasa coklat di pasar tani pagi tadi. (betul)
{Perkataan perisa membawa maksud enak/sedap, perasa pula membawa maksud rasa seakan-akan}

4. Semasa mesyuarat bulanan PIBG diadakan ramai anggota jawatankuasa yang hadir. (salah)
Semasa mesyuarat bulanan PIBG diadakan banyak anggota jawatankuasa yang hadir. (betul)
{Jika merujuk kepada bilangan/kuantiti, penggunaan perkataan banyak adalah lebih tepat dan gramatis}

5. Emak menghidangi kami sepinggan goreng pisang yang masih panas petang itu. (salah)
Emak menghidangi kami sepinggan pisang goreng yang masih panas petang itu. (betul)
{Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang ialah goreng}

6. Encik Mutusamy bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun lamanya. (salah)
Encik Mutusamy bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun lamanya. (betul)
{Hukum D-M yang betul, estet mini sebab yang diterang ialah estet dan yang menerang ialah mini}

7. Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. (salah)
Kedua-dua orang pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. (betul)
{Kata bilangan ‘kedua-dua‘ di dalam ayat mesti diiringi dengan penjodoh bilangan yang sesuai, iaitu ‘orang’}

8. Seekor lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang itu. (salah)
Satu lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang itu. (betul)
{Bagi benda yang tidak nyata/jelas, penjodoh bilangan tidak boleh digunakan, guna kata bilangan sahaja}

9. Bapa Khamarrul Efenddi adalah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan. (salah)
Bapa Khamarrul Efenddi ialah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan. (betul)
{‘Ialah’ – Kata pemeri yang menghubungkan benda (subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat}

10. Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pecah amanah itu ialah rekaan semata-mata. (salah)
Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pecah amanah itu adalah rekaan semata-mata. (betul)
{“Adalah” – Kata pemeri yang menghuraikan lebih lanjut tentang benda (subjek) yang disebut sebelumnya}

11. “Masukkan sedikit cili sos ke dalam masakan itu,” kata ibu kepada kakak. (salah)
“Masukkan sedikit sos cili ke dalam masakan itu,” kata ibu kepada kakak. (betul)
{Hukum D-M yang betul ialah sos cili kerana yang diterang ialah sos dan yang menerang ialah cili}

12. Cik Azura membeli sehelai mini telekung yang bersulamkan benang emas di pasar malam. (salah)
Cik Azura membeli sehelai telekung mini yang bersulamkan benang emas di pasar malam. (betul)
{Hukum D-M yang betul ialah telekung mini kerana yang diterang ialah telekung dan yang menerang ialah mini}

13. Mak Cik Mariam menghidangkan tetamunya sepinggan kuih seri muka. (salah)
Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. (betul)
{Imbuhan apitan “meng ... i” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada manusia sahaja}

No comments:

Post a Comment