Saturday 12 May 2012
Monday 30 April 2012
Rancangan Pelajaran Harian
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tarikh :
27 April 2012
Masa :
11.05 pagi – 12.05 tengah hari
Kelas :
6 Inovasi
Bilangan Murid : 25 orang
Tema :
Nilai dan Pengajaran
Tajuk :
Usaha Tangga Kejayaan
Fokus Utama : 5.2 Membaca
kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang
betul
dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras
2 (ii) Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang
dibaca.
Fokus Sampingan : 3.1 Menyampaikan
maklumat tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan
kata, istilah, frasa dan ayat yang tepat serta laras
bahasa
yang sesuai.
Aras
2 (ii) Menyusun dan menyampaikan maklumat dengan
menggunakan laras bahasa yang sesuai.
11.3 Mengulas
karya sastera yang mudah secara umum dari aspek
nilai
dan pengajaran.
Aras
2 (i) Menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat
dalam petikan.
Tatabahasa : Kata Bantu, Penanda Wacana
Ilmu :
Pendidikan Agama, Pendidikan Moral
Nilai Murni : Kerajinan, Keazaman, Ketekunan
Kem. Berfikir : Menjana idea, merumus
PSA :
Murid tahu bahawa kejayaan dapat dicapai dengan usaha yang gigih.
Kecerdasan Pelbagai : Verbal Linguistik, Interpersonal,
Intrapersonal, Visual Spatial
BBB :
i. Komputer riba (1 unit)
ii. Lembaran
kerja (25 helai)
Bercerita menggunakan dialog, nada
serta intonasi yang sesuai. Guru mengaitkan isi cerita dengan tajuk pelajaran
hari ini iaitu “Usaha Tangga Kejayaan”.
|
Set Induksi (5 minit)
1. Guru bercerita tentang sebuah kisah
tentang
seorang murid yang miskin.
2. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang isi
cerita yang disampaikan.
3. Murid menyatakan pendapat sendiri
berdasarkan cerita yang didengari.
4. Guru mengaitkan pelajaran hari ini dengan
tajuk.
|
Verbal Linguistik
Interpersonal
Nilai:
Kegigihan
Kerajinan
|
Membaca petikan dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
|
Langkah 1 (15 minit)
1. Guru menayangkan slaid ‘power
point’ yang
mengandungi sebuah cerita.
2. Guru meminta 5 orang murid membaca
cerita
yang dipaparkan secara bergilir.
3. Guru bersoal jawab dengan murid
berkaitan
petikan yang dibacakan.
4. Murid menyatakan pendapat sendiri
tentang
petikan.
|
BBB:
Komputer riba.
‘LCD’
Verbal Linguistik
Visual Spatial
Nilai:
Keberanian
|
Murid menggarisi amalan baik dalam
petikan serta menyampaikan idea sendiri tentang petikan.
|
Langkah 2 (15 minit)
1. Guru mengedarkan lembaran petikan
(Lampiran 1) kepada setiap murid.
2. Murid diminta menggarisi amalan
baik serta
sikap baik yang terdapat dalam petikan.
3. Murid menyenaraikan amalan baik
serta
sikap baik pada papan tulis.
4. Murid menyampaikan pendapat sendiri
tentang idea yang diberikan oleh rakan-rakan
mereka.
5. Murid bersama guru memilih lima
nilai
murni hasil daripada perbincangan dan soal
jawab.
|
BBB:
Lembaran Kerja
Interpersonal
Intrapersonal
Verbal Linguistik
Nilai:
Kerjasama
|
Melengkapkan jadual nilai murni.
Berbincang dalam suasana yang
menyeronokkan.
|
Langkah 3 (10 minit)
1. Murid diminta menyatakan keterangan
daripada petikan berkaitan nilai yang telah
dipilih.
2. Murid mengisi tempat kosong
bahagian
keterangan atau ulasan pada lembaran kerja
yang diedarkan.
3. Murid diminta membacakan nilai
murni serta
keterangan yang telah dibuat.
4. Murid lain membetulkan kesalahan
rakan-
rakan mereka sekiranya ada.
|
BBB:
Lembaran Kerja
Interpersonal
Verbal Linguistik
Nilai:
Keyakinan
|
Menulis ulasan dengan lengkap.
|
Langkah 4 (10 minit)
1. Murid melengkapkan jadual (Lampiran
2)
pada lembaran kerja.
2. Murid menulis semula ulasan dengan
lengkap dalam satu perenggan.
3. Murid menyiapkan tugasan.
|
BBB:
Lembaran Kerja
Nilai:
Kejujuran
|
Kognitif
(Rumusan Pelajaran)
Kemiskinan
bukanlah halangan untuk mencapai kejayaan.
|
Penutup (5 minit)
Guru meminta beberapa orang murid
menyebutkan kembali nilai yang terdapat dalam petikan serta pengajaran
daripada petikan yang dibaca.
Guru mengucapkan terima kasih kepada
semua murid yang memberikan kerjasama.
|
Nilai:
Berterima kasih
Keikhlasan
|
Lampiran 1
Darlina
ialah murid tahun lima. Darlina mempunyai empat orang adik. Ayah Darlina telah
meninggal dua tahun lalu. Ibunya pula bekerja sebagai operator kilang. Pada
sebelah pagi, ibunya akan bangun awal untuk membuat kuih dan nasi lemak.
Setiap hari,
Darlina akan menolong ibunya menghantar kuih dan nasi lemak untuk dijual di
gerai makanan berhampiran. Tuan punya gerai itu bermurah hati membenarkan kuih
dan nasi lemak mereka dijual di situ.
Walaupun
hidup dalam serba kekurangan, tetapi Darlina sekeluarga tidak pernah
meminta-minta daripada orang lain. Darlina menyimpan hasrat untuk menjadi
seorang doktor suatu hari nanti. Dia bukan setakat berangan-angan sahaja. Dia
amat meminati subjek sains dan matematik. Darlina sentiasa menunjukkan
kesungguhan untuk memahami pengajaran guru-gurunya.
Dia berazam
untuk membaiki taraf kehidupan keluarganya. Adik-adiknya juga belajar tanpa
perlu dipaksa. Mereka sedar hanya dengan ilmu sahaja boleh mengubah hidup mereka.
Lampiran 2
KATA BANTU
|
NILAI MURNI
|
CONTOH
|
PENERANGAN
|
PENANDA WACANA
|
mestilah
|
|
seperti
|
|
Selain
itu
|
perlulah
|
|
seperti
|
|
Di
samping itu
|
hendaklah
|
|
seperti
|
|
Seterusnya
|
haruslah
|
|
seperti
|
|
Akhir
sekali
|
sewajarnya
|
|
seperti
|
|
|
Contoh:-
Darlina
ialah murid tahun lima. Darlina mempunyai empat orang adik. Ayah Darlina telah
meninggal dua tahun lalu. Ibunya pula bekerja sebagai operator kilang. Pada
sebelah pagi, ibunya akan bangun awal
untuk membuat kuih dan nasi lemak.
Setiap hari,
Darlina akan menolong ibunya menghantar
kuih dan nasi lemak untuk dijual di gerai makanan berhampiran. Tuan punya
gerai itu bermurah hati membenarkan kuih dan nasi lemak mereka dijual di situ.
Walaupun
hidup dalam serba kekurangan, tetapi Darlina sekeluarga tidak pernah
meminta-minta daripada orang lain. Darlina menyimpan hasrat untuk menjadi
seorang doktor suatu hari nanti. Dia bukan setakat berangan-angan sahaja. Dia
amat meminati subjek sains dan matematik. Darlina sentiasa menunjukkan
kesungguhan untuk memahami pengajaran guru-gurunya.
Dia berazam
untuk membaiki taraf kehidupan keluarganya. Adik-adiknya juga belajar tanpa
perlu dipaksa. Mereka sedar hanya dengan ilmu sahaja boleh mengubah hidup mereka.
Contoh Jawaban:-
Kita mestilah rajin seperti ibu Darlina yang
bangun awal pagi menyediakan kuih dan nasi lemak. Kita hendaklah
bertanggungjawab seperti Darlina yang membantu ibu menghantar kuih dan
nasi lemak ke gerai. Kita perlulah berdikari dengan tidak meminta-minta
daripada orang lain. Kita mestilah tekun
dalam menuntut ilmu supaya beroleh kejayaan. Kita sepatutnya mempunyai kesedaran seperti adik-adik
Darlina yang belajar sendiri tanpa perlu dipaksa.
Friday 20 April 2012
Tuesday 10 April 2012
PENYESALAN DI HARI KIAMAT
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."
PENJELASANNYA
Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.
Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.
Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.
Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan -keuntungan yang abadi

Monday 9 April 2012
BIJAK BERBAHASA
PINTAR BERBAHASA - MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL |
BIL | TANDAKAN (√ ) ATAU ( X ) | | BIL | TANDAKAN ( √ ) ATAU ( X ) |
. 1. 2. 3. 4. 5. | KATA BILANGAN (B :1 atau 1 : B) 1. semua murid-murid { X } 2. semua murid { √ } 3. para pelajar { √ } 4. semua kanak-kanak { √ } 5. ramai budak { √ } 6. kebanyakan pelajar { √ } 7. guru-guru semua { X } 8. beberapa buah rumah-rumah { X } IMBUHAN “BER...” (“ber...” ulang dua kali) 1. berpuluh tahun { X } 2. berpuluh-puluh tahun { √ } 3. beribu-ribu penonton { √ } 4. beribu penonton { X } 5. ribuan penonton { √ } IMBUHAN “KE...” (“ke...” = 2X tak perlu penjodoh bilangan; beberapa) 1. kedua-dua anaknya { √ } 2. kedua anaknya { X } 3. anaknya yang kedua { √ } 4. ketiga-tiga ekor kucing itu { X } 5. ketiga-tiga kucing itu { √ } PECAHAN (ditulis di akhir bukan di tengah) 1. dua setengah kilogram { X } 2. dua kilogram setengah { √ } SETENGAH ( ½ ) SESETENGAH (jumlah / sebilangan) 1. setengah orang { X } 2. sesetengah orang { √ } 3. setengah-setengah orang { √ } 4. setengah-tengah orang { X } 5. setengah daripada sebuku roti { √ } | | 6. 7. 8. 9. 10. | BEBERAPA (jumlah; berapa - soalan) 1. beberapa orang pelajar ... . { √ } 2. berapa orang pelajar ... . { X } 3. berapa orang pelajarkah ... ? { √ } AYAT PASIF (KGN1&2 tiada oleh, KGN3 ada di, oleh) 1. Roti itu dimakan oleh saya. { X } 2. Roti itu saya makan. { √ } 3. Roti itu kamu makan. { √ } 4. Roti itu dimakan oleh mereka. { √ } 5. Roti itu mereka makan. { X } PENGGUNAAN “OLEH” (kena … oleh, ter … oleh) 1. Kuih itu dimakan oleh bapa. { √ } 2. Kuih itu dimakan bapa. { X } 3. Kuih itu bapa makan. { √ } 4. Kuih itu termakan oleh bapa. { √ } 5. Kuih itu termakan bapa. { X } 6. Kuih itu kena makan oleh bapa. { √ } 7. Kuih itu kena makan bapa. { X } 8. Pencuri itu tertangkap polis. { X } 9. Pencuri itu kena tangkap polis. { X } PENGGUNAAN IMBUHAN (ke... an, ber...) 1. Dia basah kerana kehujanan. { √ } 2. Surat anaknya belum berjawab. { √ } 3. Lim tertarik dengan keindahan ... { X } KATA BANTU DALAM AYAT PASIF (sebelum orang) 1. Wau itu akan saya buat. { √ } 2. Wau itu saya akan buat. { X } 3. Surat itu telah saya tulis. { √ } 4. Surat itu saya telah tulis. { X } 5. Cikgu itu pernah kamu lihat? { √ } |
PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU | 1 | SKAI - 2012 |
Subscribe to:
Posts (Atom)