Monday 30 April 2012

Rancangan Pelajaran Harian

 Mata Pelajaran            : Bahasa Malaysia
Tarikh                          : 27 April 2012
Masa                            : 11.05 pagi – 12.05 tengah hari
Kelas                           : 6 Inovasi
Bilangan Murid           : 25 orang
Tema                           : Nilai dan Pengajaran
Tajuk                           : Usaha Tangga Kejayaan
Fokus Utama               : 5.2     Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
                                                Aras 2 (ii) Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang
     dibaca.
Fokus Sampingan        : 3.1     Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan kata, istilah, frasa dan ayat yang tepat serta laras
bahasa yang sesuai.
                                                Aras 2 (ii) Menyusun dan menyampaikan maklumat dengan
     menggunakan laras bahasa yang sesuai.
                                      11.3   Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari aspek
nilai dan pengajaran.
                                                Aras 2 (i) Menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat
    dalam petikan.
Tatabahasa                  : Kata Bantu, Penanda Wacana
Ilmu                             : Pendidikan Agama, Pendidikan Moral
Nilai Murni                  : Kerajinan, Keazaman, Ketekunan
Kem. Berfikir              : Menjana idea, merumus
PSA                             : Murid tahu bahawa kejayaan dapat dicapai dengan usaha yang gigih.
Kecerdasan Pelbagai   : Verbal Linguistik, Interpersonal, Intrapersonal, Visual Spatial
BBB                            : i.        Komputer riba (1 unit)
                                      ii.       Lembaran kerja (25 helai)


Bercerita menggunakan dialog, nada serta intonasi yang sesuai. Guru mengaitkan isi cerita dengan tajuk pelajaran hari ini iaitu “Usaha Tangga Kejayaan”.
Set Induksi (5 minit)

1. Guru bercerita tentang sebuah kisah tentang
    seorang murid yang miskin.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi
    cerita yang disampaikan.
3. Murid menyatakan pendapat sendiri
    berdasarkan cerita yang didengari.
4. Guru mengaitkan pelajaran hari  ini dengan
    tajuk.

Verbal Linguistik
Interpersonal

Nilai:
Kegigihan
Kerajinan
Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Langkah 1 (15 minit)

1. Guru menayangkan slaid ‘power point’ yang
    mengandungi sebuah cerita.
2. Guru meminta 5 orang murid membaca cerita
    yang dipaparkan secara bergilir.
3. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan
    petikan yang dibacakan.
4. Murid menyatakan pendapat sendiri tentang
    petikan.

BBB:
Komputer riba.
‘LCD’

Verbal Linguistik
Visual Spatial

Nilai:
Keberanian

Murid menggarisi amalan baik dalam petikan serta menyampaikan idea sendiri tentang petikan.
Langkah 2 (15 minit)

1. Guru mengedarkan lembaran petikan
    (Lampiran 1) kepada setiap murid.
2. Murid diminta menggarisi amalan baik serta
    sikap baik yang terdapat dalam petikan.
3. Murid menyenaraikan amalan baik serta
    sikap baik pada papan tulis.
4. Murid menyampaikan pendapat sendiri
    tentang idea yang diberikan oleh rakan-rakan  
    mereka.
5. Murid bersama guru memilih lima nilai
    murni hasil daripada perbincangan dan soal
    jawab.

BBB:
Lembaran Kerja

Interpersonal
Intrapersonal
Verbal Linguistik


Nilai:
Kerjasama
Melengkapkan jadual nilai murni.
Berbincang dalam suasana yang menyeronokkan.
Langkah 3 (10 minit)

1. Murid diminta menyatakan keterangan
    daripada petikan berkaitan nilai yang telah
    dipilih.
2. Murid mengisi tempat kosong bahagian
    keterangan atau ulasan pada lembaran kerja
    yang diedarkan.
3. Murid diminta membacakan nilai murni serta
    keterangan yang telah dibuat.
4. Murid lain membetulkan kesalahan rakan-
    rakan mereka sekiranya ada.

BBB:
Lembaran Kerja

Interpersonal
Verbal Linguistik


Nilai:
Keyakinan
Menulis ulasan dengan lengkap.
Langkah 4 (10 minit)

1. Murid melengkapkan jadual (Lampiran 2)
    pada lembaran kerja.
2. Murid menulis semula ulasan dengan
    lengkap dalam satu perenggan.
3. Murid menyiapkan tugasan.

BBB:
Lembaran Kerja

Nilai:
Kejujuran
Kognitif (Rumusan Pelajaran)
Kemiskinan bukanlah halangan untuk mencapai kejayaan.
Penutup (5 minit)
Guru meminta beberapa orang murid menyebutkan kembali nilai yang terdapat dalam petikan serta pengajaran daripada petikan yang dibaca.

Guru mengucapkan terima kasih kepada semua murid yang memberikan kerjasama.
Nilai:
Berterima kasih
Keikhlasan



Lampiran 1

Darlina ialah murid tahun lima. Darlina mempunyai empat orang adik. Ayah Darlina telah meninggal dua tahun lalu. Ibunya pula bekerja sebagai operator kilang. Pada sebelah pagi, ibunya akan bangun awal untuk membuat kuih dan nasi lemak.
Setiap hari, Darlina akan menolong ibunya menghantar kuih dan nasi lemak untuk dijual di gerai makanan berhampiran. Tuan punya gerai itu bermurah hati membenarkan kuih dan nasi lemak mereka dijual di situ.
Walaupun hidup dalam serba kekurangan, tetapi Darlina sekeluarga tidak pernah meminta-minta daripada orang lain. Darlina menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Dia bukan setakat berangan-angan sahaja. Dia amat meminati subjek sains dan matematik. Darlina sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk memahami pengajaran guru-gurunya.
Dia berazam untuk membaiki taraf kehidupan keluarganya. Adik-adiknya juga belajar tanpa perlu dipaksa. Mereka sedar hanya dengan ilmu sahaja  boleh mengubah hidup mereka.



































Lampiran 2

KATA BANTU
NILAI MURNI
CONTOH
PENERANGAN
PENANDA WACANA
mestilah

seperti

Selain itu
perlulah

seperti

Di samping itu
hendaklah

seperti

Seterusnya
haruslah

seperti

Akhir sekali
sewajarnya

seperti




































Contoh:-

Darlina ialah murid tahun lima. Darlina mempunyai empat orang adik. Ayah Darlina telah meninggal dua tahun lalu. Ibunya pula bekerja sebagai operator kilang. Pada sebelah pagi, ibunya akan bangun awal untuk membuat kuih dan nasi lemak.
Setiap hari, Darlina akan menolong ibunya menghantar kuih dan nasi lemak untuk dijual di gerai makanan berhampiran. Tuan punya gerai itu bermurah hati membenarkan kuih dan nasi lemak mereka dijual di situ.
Walaupun hidup dalam serba kekurangan, tetapi Darlina sekeluarga tidak pernah meminta-minta daripada orang lain. Darlina menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Dia bukan setakat berangan-angan sahaja. Dia amat meminati subjek sains dan matematik. Darlina sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk memahami pengajaran guru-gurunya.
Dia berazam untuk membaiki taraf kehidupan keluarganya. Adik-adiknya juga belajar tanpa perlu dipaksa. Mereka sedar hanya dengan ilmu sahaja  boleh mengubah hidup mereka.


Contoh Jawaban:-

Kita mestilah rajin seperti ibu Darlina yang bangun awal pagi menyediakan kuih dan nasi lemak. Kita hendaklah bertanggungjawab seperti Darlina yang membantu ibu menghantar kuih dan nasi lemak ke gerai. Kita perlulah berdikari dengan tidak meminta-minta daripada orang lain.  Kita mestilah tekun dalam menuntut ilmu supaya beroleh kejayaan. Kita sepatutnya  mempunyai kesedaran seperti adik-adik Darlina yang belajar sendiri tanpa perlu dipaksa.

Tuesday 10 April 2012

PENYESALAN DI HARI KIAMAT

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

PENJELASANNYA

Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.

Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.

Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.

Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan -keuntungan yang abadi

Monday 9 April 2012

BERCERITA KISAH SI AWANG

BIJAK BERBAHASA

  PINTAR BERBAHASA - MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL
     


BIL
TANDAKAN ( ) ATAU ( X )

BIL
TANDAKAN ( ) ATAU ( X )
.
1.










2.








3.








4.





5.


KATA BILANGAN
(B :1  atau  1 : B)

1.  semua murid-murid  { X }
2.  semua murid  { }
3.  para pelajar  { }  
4.  semua kanak-kanak  { }
5.  ramai budak  { }
6.  kebanyakan pelajar  { }
7.  guru-guru semua  { X }
8.  beberapa buah rumah-rumah  { X }

IMBUHAN “BER...”
(“ber...” ulang dua kali)

1.  berpuluh tahun  { X }
2.  berpuluh-puluh tahun  { }
3.  beribu-ribu penonton  { }
4.  beribu penonton  { X }
5.  ribuan penonton  { }

IMBUHAN “KE...”
(“ke...” = 2X tak perlu penjodoh bilangan; beberapa)

1.  kedua-dua anaknya  { }
2.  kedua anaknya  { X }
3.  anaknya yang kedua  { }
4.  ketiga-tiga ekor kucing itu  { X }
5.  ketiga-tiga kucing itu  { }

PECAHAN
(ditulis di akhir bukan di tengah)

1.  dua setengah kilogram  { X }
2.  dua kilogram setengah  { }

SETENGAH ( ½ )
SESETENGAH (jumlah / sebilangan)

1.  setengah orang  { X }
2.  sesetengah orang  { }
3.  setengah-setengah orang  { } 
4.  setengah-tengah orang  { X }
5.  setengah daripada sebuku roti  { }



6.






7.








8.












9.






10.






BEBERAPA
(jumlah; berapa - soalan)

1.  beberapa orang pelajar ... .  { }
2.  berapa orang pelajar ... .  { X }
3.  berapa orang pelajarkah ... ?  { }

AYAT PASIF
(KGN1&2 tiada oleh,  KGN3 ada di, oleh)

1.  Roti itu dimakan oleh saya.  { X }
2.  Roti itu saya makan.  { }                   
3.  Roti itu kamu makan.  { }        
4.  Roti itu dimakan oleh mereka.  { }
5.  Roti itu mereka makan.  { X }          

PENGGUNAAN “OLEH”
(kena … oleh, ter … oleh)

1.  Kuih itu dimakan oleh bapa.  { }
2.  Kuih itu dimakan bapa.  { X }
3.  Kuih itu bapa makan.  { }
4.  Kuih itu termakan oleh bapa.  { }
5.  Kuih itu termakan bapa.  { X }
6.  Kuih itu kena makan oleh bapa.  { }
7.  Kuih itu kena makan bapa.  { X }
8.  Pencuri itu tertangkap polis.  { X }
9.  Pencuri itu kena tangkap polis.  { X }

PENGGUNAAN IMBUHAN
(ke... an, ber...)

1.  Dia basah kerana kehujanan.  { }
2.  Surat anaknya belum berjawab.  { }
3.  Lim tertarik dengan keindahan ...  { X } 

KATA BANTU DALAM AYAT PASIF
(sebelum orang)

1.  Wau itu akan saya buat.  { }
2.  Wau itu saya akan buat.  { X }
3.  Surat itu telah saya tulis.  { }
4.  Surat itu saya telah tulis.  { X }
5.  Cikgu itu pernah kamu lihat?  { }


PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU 

1


SKAI - 2012