Monday 30 April 2012

Rancangan Pelajaran Harian

 Mata Pelajaran            : Bahasa Malaysia
Tarikh                          : 27 April 2012
Masa                            : 11.05 pagi – 12.05 tengah hari
Kelas                           : 6 Inovasi
Bilangan Murid           : 25 orang
Tema                           : Nilai dan Pengajaran
Tajuk                           : Usaha Tangga Kejayaan
Fokus Utama               : 5.2     Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
                                                Aras 2 (ii) Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang
     dibaca.
Fokus Sampingan        : 3.1     Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan kata, istilah, frasa dan ayat yang tepat serta laras
bahasa yang sesuai.
                                                Aras 2 (ii) Menyusun dan menyampaikan maklumat dengan
     menggunakan laras bahasa yang sesuai.
                                      11.3   Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari aspek
nilai dan pengajaran.
                                                Aras 2 (i) Menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat
    dalam petikan.
Tatabahasa                  : Kata Bantu, Penanda Wacana
Ilmu                             : Pendidikan Agama, Pendidikan Moral
Nilai Murni                  : Kerajinan, Keazaman, Ketekunan
Kem. Berfikir              : Menjana idea, merumus
PSA                             : Murid tahu bahawa kejayaan dapat dicapai dengan usaha yang gigih.
Kecerdasan Pelbagai   : Verbal Linguistik, Interpersonal, Intrapersonal, Visual Spatial
BBB                            : i.        Komputer riba (1 unit)
                                      ii.       Lembaran kerja (25 helai)


Bercerita menggunakan dialog, nada serta intonasi yang sesuai. Guru mengaitkan isi cerita dengan tajuk pelajaran hari ini iaitu “Usaha Tangga Kejayaan”.
Set Induksi (5 minit)

1. Guru bercerita tentang sebuah kisah tentang
    seorang murid yang miskin.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi
    cerita yang disampaikan.
3. Murid menyatakan pendapat sendiri
    berdasarkan cerita yang didengari.
4. Guru mengaitkan pelajaran hari  ini dengan
    tajuk.

Verbal Linguistik
Interpersonal

Nilai:
Kegigihan
Kerajinan
Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Langkah 1 (15 minit)

1. Guru menayangkan slaid ‘power point’ yang
    mengandungi sebuah cerita.
2. Guru meminta 5 orang murid membaca cerita
    yang dipaparkan secara bergilir.
3. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan
    petikan yang dibacakan.
4. Murid menyatakan pendapat sendiri tentang
    petikan.

BBB:
Komputer riba.
‘LCD’

Verbal Linguistik
Visual Spatial

Nilai:
Keberanian

Murid menggarisi amalan baik dalam petikan serta menyampaikan idea sendiri tentang petikan.
Langkah 2 (15 minit)

1. Guru mengedarkan lembaran petikan
    (Lampiran 1) kepada setiap murid.
2. Murid diminta menggarisi amalan baik serta
    sikap baik yang terdapat dalam petikan.
3. Murid menyenaraikan amalan baik serta
    sikap baik pada papan tulis.
4. Murid menyampaikan pendapat sendiri
    tentang idea yang diberikan oleh rakan-rakan  
    mereka.
5. Murid bersama guru memilih lima nilai
    murni hasil daripada perbincangan dan soal
    jawab.

BBB:
Lembaran Kerja

Interpersonal
Intrapersonal
Verbal Linguistik


Nilai:
Kerjasama
Melengkapkan jadual nilai murni.
Berbincang dalam suasana yang menyeronokkan.
Langkah 3 (10 minit)

1. Murid diminta menyatakan keterangan
    daripada petikan berkaitan nilai yang telah
    dipilih.
2. Murid mengisi tempat kosong bahagian
    keterangan atau ulasan pada lembaran kerja
    yang diedarkan.
3. Murid diminta membacakan nilai murni serta
    keterangan yang telah dibuat.
4. Murid lain membetulkan kesalahan rakan-
    rakan mereka sekiranya ada.

BBB:
Lembaran Kerja

Interpersonal
Verbal Linguistik


Nilai:
Keyakinan
Menulis ulasan dengan lengkap.
Langkah 4 (10 minit)

1. Murid melengkapkan jadual (Lampiran 2)
    pada lembaran kerja.
2. Murid menulis semula ulasan dengan
    lengkap dalam satu perenggan.
3. Murid menyiapkan tugasan.

BBB:
Lembaran Kerja

Nilai:
Kejujuran
Kognitif (Rumusan Pelajaran)
Kemiskinan bukanlah halangan untuk mencapai kejayaan.
Penutup (5 minit)
Guru meminta beberapa orang murid menyebutkan kembali nilai yang terdapat dalam petikan serta pengajaran daripada petikan yang dibaca.

Guru mengucapkan terima kasih kepada semua murid yang memberikan kerjasama.
Nilai:
Berterima kasih
Keikhlasan



Lampiran 1

Darlina ialah murid tahun lima. Darlina mempunyai empat orang adik. Ayah Darlina telah meninggal dua tahun lalu. Ibunya pula bekerja sebagai operator kilang. Pada sebelah pagi, ibunya akan bangun awal untuk membuat kuih dan nasi lemak.
Setiap hari, Darlina akan menolong ibunya menghantar kuih dan nasi lemak untuk dijual di gerai makanan berhampiran. Tuan punya gerai itu bermurah hati membenarkan kuih dan nasi lemak mereka dijual di situ.
Walaupun hidup dalam serba kekurangan, tetapi Darlina sekeluarga tidak pernah meminta-minta daripada orang lain. Darlina menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Dia bukan setakat berangan-angan sahaja. Dia amat meminati subjek sains dan matematik. Darlina sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk memahami pengajaran guru-gurunya.
Dia berazam untuk membaiki taraf kehidupan keluarganya. Adik-adiknya juga belajar tanpa perlu dipaksa. Mereka sedar hanya dengan ilmu sahaja  boleh mengubah hidup mereka.



































Lampiran 2

KATA BANTU
NILAI MURNI
CONTOH
PENERANGAN
PENANDA WACANA
mestilah

seperti

Selain itu
perlulah

seperti

Di samping itu
hendaklah

seperti

Seterusnya
haruslah

seperti

Akhir sekali
sewajarnya

seperti




































Contoh:-

Darlina ialah murid tahun lima. Darlina mempunyai empat orang adik. Ayah Darlina telah meninggal dua tahun lalu. Ibunya pula bekerja sebagai operator kilang. Pada sebelah pagi, ibunya akan bangun awal untuk membuat kuih dan nasi lemak.
Setiap hari, Darlina akan menolong ibunya menghantar kuih dan nasi lemak untuk dijual di gerai makanan berhampiran. Tuan punya gerai itu bermurah hati membenarkan kuih dan nasi lemak mereka dijual di situ.
Walaupun hidup dalam serba kekurangan, tetapi Darlina sekeluarga tidak pernah meminta-minta daripada orang lain. Darlina menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Dia bukan setakat berangan-angan sahaja. Dia amat meminati subjek sains dan matematik. Darlina sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk memahami pengajaran guru-gurunya.
Dia berazam untuk membaiki taraf kehidupan keluarganya. Adik-adiknya juga belajar tanpa perlu dipaksa. Mereka sedar hanya dengan ilmu sahaja  boleh mengubah hidup mereka.


Contoh Jawaban:-

Kita mestilah rajin seperti ibu Darlina yang bangun awal pagi menyediakan kuih dan nasi lemak. Kita hendaklah bertanggungjawab seperti Darlina yang membantu ibu menghantar kuih dan nasi lemak ke gerai. Kita perlulah berdikari dengan tidak meminta-minta daripada orang lain.  Kita mestilah tekun dalam menuntut ilmu supaya beroleh kejayaan. Kita sepatutnya  mempunyai kesedaran seperti adik-adik Darlina yang belajar sendiri tanpa perlu dipaksa.

No comments:

Post a Comment